Print

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH TINGKATAN 3

Written by Nor Hayati Bte Ibrahim.

Adab Dalam Hubungan Sosial

 
Tajuk: 2 : Adab Menerima dan Melayan Tetamu
 
  1. Tetamu ialah sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke rumah kita sama ada dijemput atau tidak dijemput.
  2. Tujuan melayan tetamu dengan baik ialah;
 
(i)    Mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam.
(ii)   Merapatkan hubungan kekeluargaan.
(iii)  Mewujudkan suasana yang harmoni.
(iv)   Mengelakkan pergaduhan dan persengketaan.
 
  1. Cara beradab terhadap tetamu;
 
(i)    Melayan tetamu dengan baik dan mesra.
(ii)   Menerima kedatangan tetamu dengan ikhlas.
(iii)  Menyediakan makanan dan minuman sekadar perlu.
(iv)   Menunjukkan muka yang manis.
 
  1. Kelebihan melayan tetamu;
 
(i)    Mendapat pahala dan ganjaran baik pada hari akhirat.
(ii)   Disayangi Allah SWT dan orang lain.
(iii)  Dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
(iv)   Diberkati dan diredai oleh Allah SWT.
 
  1. Akibat tidak beradab terhadap tetamu;
 
(i)    Tidak akan dihormati dan dipandang mulia oleh orang ramai.
(ii)   Sukar mendapat kawan.
(iii)  Hubungan silatulrahim akan terputus.
(iv)   Dipulau dan disisih oleh masyarakat.
 
  1. Adab sebagai tetamu;
 
(i)    Berkunjung mengikut masa yang sesuai.
(ii)   Memberi salam sebelum masuk ke rumah.
(iii)  Makan makanan yang disediakan apabila dijemput.
(iv)   Tidak memandang liar pada peralatan dalam rumah.
 

Tajuk: 2: Adab Menjalankan Tugas
 
  1. Bekerja adalah tuntutan dan tanggungjawab manusia di muka bumi.
  2. Adab ketika menjalankan tugas;
 
(i)   Memulakan setiap pekerjaan dengan Bismillahirrahmanirrahim.
(ii)  Menyelesaikan tugas pada masa dan tarikh yang ditetapkan.
(iii) Berpakaian menutup aurat dan sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan.
(iv)  Saling bekerjasama antara pekerja.
(v)   Sentiasa mematuhi arahan ketua.
 
  1. Sikap yang tidak baik semasa bertugas;
 
(i)   Tidak menyiapkan tugas mengikut masa yang telah ditetapkan.
(ii)  Mementingkan diri sendiri.
(iii) Tiada kerjasama dengan rakan setugas.
(iv)  Malas berusaha.
 
  1. Ciri-ciri pekerja yang baik;
 
(i)    Menganggap pekerjaan sebagai satu ibadat.
(ii)   Bersungguh-sungguh dan tekun dalam menjalankan tugas.
(iii)  Amanah, jujur dan bertanggungjawab.
(iv)   Tidak meninggalkan ibadat wajib.
 
  1. Kelebihan beradab semasa bertugas;
 
(i)    Kerja yang dilakukan mendapat berkat daripada Allah SWT.
(ii)   Rezeki yang diperolehi adalah halal dan berkat.
(iii)  Hasil kerja mendapat faedah yang berpanjangan.
(iv)   Mengeratkan hubungan silatulrahim sesama pekerja.
 
  1. Akibat tidak bertanggungjawab semasa bertugas;
 
(i)    Kerja yang diamanahkan tidak dilaksanakan dengan sempurna.
(ii)   Tidak dapat mencapai matlamat sesuatu program.
(iii)  Hilang kepercayaan orang lain terhadap organisasi.
(iv)   Menimbulkan pergaduhan dan perselisihan faham.
(v)    Negara akan mundur.
 

Tajuk: 3: Adab Bercakap Dalam Majlis
 
  1. Majlis adalah perkataan Arab yang bermaksud tempat duduk atau tempat berhimpun.
  2. Majlis terbahagi kepada dua iaitu majlis yang baik seperti majlis ilmu, majlis zikir dan sebagainya.
  3. Majlis kedua ialah majlis yang buruk seperti konsert, muzik rock, pesta liar dan yang seumpama dengannya.
  4. Adab dalam majlis;
 
(i)   Bercakap dengan suara yang lemah lembut.
(ii)  Bercakap hanya perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
(iii) Menghormati orang lain.
(iv)  Tidak menyinggung perasaan orang lain.
(v)   Memandang muka orang yang mendengar ketika bercakap.
 
 
  1. Kelebihan beradab dalam majlis;
 
(i)   Matlamat yang dikehendaki akan tercapai.
(ii)  Dihormati dan dipandang mulia orang lain.
(iii) Mendapat keredaan Allah SWT.
(iv) Maklumat yang disampaikan jelas dan berkesan.
 
  1. Kesan tidak beradab dalam majlis;
 
(i)   Matlamat tidak akan tercapai.
(ii)  Suasana yang tegang akan timbul dalam majlis.
(iii) Dibenci dan dihina oleh orang lain.
(iv)  Mudah menimbulkan fitnah dan prangsangka buruk.
 
  1. Kelebihan bercakap benar;
 
(i)   Mendapat kepercayaan masyarakat.
(ii)  Kehidupan tenang dan tenteram.
(iii) Terhindar daripada dosa.
(iv)  Mendapat keampuan dan keredaan Allah SWT.
 

Tajuk: 4: Adab Terhadap Ibu Bapa
 
  1. Ibu bapa ialah insan yang melahirkan, membesarkan, mendidik, menyediakan segala keperluan dan menyayangi kita kecil hingga dewasa.
  2. Cara beradab kepada ibu bapa;
 
(i)   Semasa mereka masih hidup:
 
-          Memberi layanan yang baik kepada mereka.
-          Merawat mereka ketika sakit.
-          Memberi bantuan kewangan yang mencukupi kepada mereka.
-          Menziarahi mereka sekiranya mereka tinggal di tempat yang berasingan.
 
(ii)  Setelah mereka meninggal dunia:
 
-          Memohon keampunan kepada mereka.
-          Menghormati sahabat-sahabat mereka.
-          Menyempurnakan janji mereka.
-          Menyelesaikan hutang mereka sekiranya mereka berhutang.
 
  1. Akibat tidak beradab kepada ibu bapa;
 (i)    Mendapat azab neraka.
(ii)    Segala amal ibadat dan kebajikan menjadi sia-sia.
(iii)   Tidak diberkati oleh Allah SWT.
(iv)   Sering mengalami kesusahan dalam hidup.
(v)    Allah SWT akan menyegerakan balasan di dunia di samping balasan azab di akhirat.
 
  1. Kelebihan berbakti kepada dua ibu bapa;
 
(i)     Allah SWT akan mempermudahkan urusan hidup.
(ii)    Hidup diberkati oleh Allah SWT.
(iii)   Dipandang mulia dan dihormati orang ramai.
(iv)   Akan mendapat kebahgiaan di dunia dan di akhirat.
 

Tajuk: 5 : Adab Berpidato
 
  1. Pidato ialah ucapan yang disampaikan oleh seseorang di khalayak ramai.
  2. Format pidato ialah;
 (i)  Mukadimah iaitu pembukaan kepada pidato.
(ii)  Isi iaitu bahagian yang sangat penting kepada sesebuah pidato.
(iii) Penutup iaitu kesimpulan bagi setiap isi.
 
  1. Tujuan pidato;
 
(i)   Supaya orang Islam menjadi berani.
(ii)  Melahirkan umat Islam yang berdaya maju.
(iii) Supaya digeruni oleh umat yang lain.
 
  1. Adab berpidato;
 
(i)    Dimulai dan diakhiri dengan ucapan salam.
(ii)   Bahasa yang digunakan sesuai.
(iii)  Tidak menyentuh peribadi seseorang.
(iv)   Gaya yang ditunjukkan tidak keterlaluan.
(v)    Pakaian yang dipakai adalah sesuai dengan majlis.
 
  1. Kesan yang timbul jika tidak beradab ketika berpidato;
 
(i)    Menimbulkan suasana yang hingar-bingar.
(ii)   Dibenci oleh pendengar.
(iii)  Para hadirin tidak akan memahami apa yang disampaikan.
(iv)   Boleh mencemarkan maruah diri sendiri dan orang lain.
 
  1. Ciri-ciri pemidato yang baik;
 
(i)    Mengetahui dan memahami tajuk yang hendak disampaikan.
(ii)   Mempunyai suara yang baik dan jelas.
(iii)  Tidak menyentuh perasaan orang lain.
(iv)   Tidak memandang rendah kepada orang lain.
 
  1. Perkara yang perlu dielakkan semasa berpidato;
 
(i)     Menghina peribadi seseorang.
(ii)    Memandang rendah terhadap orang lain.
(iii)   Bersikap sombong dan memuji diri sendiri.

Hari ini

Pentabir SMASRA

          

 

 

 

 

 

                                                     

Log Masuk

Siapa yang online?

We have 9 guests and no members online

Sampaikan Pesan

fauziah bt zakaria - 11:23

Assalam semua guru pastikan menyiapkan markah utk pep 1/2 thn pada minggu 1 sips cuti sem 1 utk prg Jaya Waris 2 dan Anug Pep 1/2 THN 2014


fauziah bt zakaria - 11:21

Assalam kepada semua guru audit perjawatan dari BPSM KPM akan hadir memantau bersama pegawai dari JPN BPI dan PPD pada 26 Mei Isnin 2014. Harap semua mengambil tindakan atas lawatan dan pemantauan


fauziah bt zakaria - 11:18

Assalam kepada semua guru : Program Kelas Tambahan Intensif akan berlangsung dari 28, 29,30 Mei 2014. Sila semak jadual yang telah diedar atau rujuk jadual di pejabat. TQ.


Pengetua - 07:18

Mesyuarat G9 akan diadakan pada 30 april rabu jam 2.00 ptg.semua pentadbir diminta hadir.tk


Pengetua - 05:47

Perhatian kpd semua pentadbir dan aks smasra.mohon sediakan skt dan serahkn sebelum cuti sekolah bulan mei 2014.tk


Nor Suzila Binti Sarmani - 16:07

assalammualaikum.. PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU, sila lengkapkan markah dalam borang yang disediakan bagi ting 1-3, bagi ting 4-5 sila daftar di saps.sila beri kerjasama.


GKMP SNS & MATH - 17:32

Perhatian kpd guru math & sains T2 serta pelajar T2, mockup test pada 15.3.2014 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


GKMP SNS & MATH - 17:27

Salam sejahtera, Mockup test TIMSS untuk pelajar tingkatan 2 akan diadakan pada 15.3.2014, bertempat di dewan SMASRA. Tq.


GKMP SNS & MATH - 17:24

Salam kepada semua guru dan staff SMASRA, LADAP 2/2014 akan diadakan pada 15.3.2014 di Bilik Gerakan SMASRA pada jam 8.00 am. Kehadiran adalah diwajibkan.


fauziah bt zakaria - 18:16

Salam kepada semua guru sila semak tarikh hantar kertas soalan untuk UUP1 2014.tq


Ruangan Sampaikan Pesan ini khusus untuk cikgu atau pelajar SMASRA yang telah mendaftar sahaja (Pastikan anda telah aktifkan pendaftaran anda).Sila log masuk untuk menggunakan ruangan ini.

Jumlah Pelawat

762166
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
704
1750
3171
757865
14079
19049
762166

Your IP: 54.198.140.182
Server Time: 2014-07-30 21:06:36

Facebook SMASRA

Hadis Pilihan

Andainya ini Solat Subuh Terakhir

  "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak secara berjemaah, maka ia seperti bangun setengah malam (untuk solat malam) dan sesiapa yang solat Subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat malam seluruhnya." (Riwayat Muslim)  

Anti maksiat, Taubat & Doa dalam mendidik jiwa

"Sesungguhnya seorang hamba apabila melakukan satu kesalahan, akan wujud dalam hatinya satu titik hitam. Apabila dia menghilangkannya dengan beristighfar dan bertaubat, maka jernihlah hatinya." (Riwayat Tirmizi)

Kelebihan Menjamu Makanan & Memberi Salam

"Daripada Abdullah bin Amru R.D. seorang lelaki bertanya kepada Rasullah S.A.W, apakah perkara dalam Islam yang lebih banyak ganjarannya?Sabda Rasullah: Kamu memberi makan kepada orang miskin, tetamu & orang yang memerlukan dan memberi salam kepada siapa yang kamu kenal di kalangan orang Islam."

Kelebihan Sedekah

Drpd Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:“Pd setiap waktu pagi & petang, dua malaikat akan turun kpd seorang hamba lalu salah satu drpd malaikat itu berkata: ‘Ya Allah! Berikanlah orang yg mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian.Kemudian berkata malaikat yg lain:‘Ya Allah! Berilah kepada orang yg menahan diri drpd mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.”
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Sebaik-baik Manusia

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik amalannya" (Riwayat Tirmizi)

Kemaskini Terakhir

  • Last Modified: Friday 25 July 2014, 16:48:59.