Print

HADIS TINGKATAN 3

Written by Nor Hayati Bte Ibrahim.

 

Tajuk 6 –  Amalan Mukmin Cemerlang

 

عن أبى مالك الحارث بن عاصم الأشعري رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الطهور شطرالأيمان والحمد لله تملأ الميزان وسبحان الله والحمد لله تملان أو تملأ ما بين السماء والأرض والصلاة نور والصدقة برهان والصبر ضياء والقران حجة لك أو عليك كل النا س يغدو فباءـع نفسه فمعتقها أو موبقها (رواه مسلم)

 

Maksudnya: Daripada Abu Malik Al-Haris bin ‘Asim Al-Asy’ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: bersuci itu sebahagian daripada iman, alhamdulillah memenuhi timbangan, subhanallah dan alhadulillah memenuhi ruang antara langit dan bumi, solat itu cahaya, sedekah itu bukti dan sabar itu sinaran, al-Quran itu hujah untuk engkau atau terhadap engkau, semua orang mempertaruhkan dirinya (antara dua pertaruhan) sama ada memerdekakannya atau membinasakannya.

 

  • Rasulullah SAW menggalakkan umatnya melakukan amalan sunat bagi menampung amalan fardu.
  • Antara amalan sunat yang terdapat dalam hadis ialah;

 

                      i.  Wuduk.

                     ii.  Tahmid.

                    iii.  Tasbih.

                    iv.  Solat.

                    v.  Sedekah.

                   vi.  Membaca al-Quran.

 

  • Maksud potongan hadis  والقرأن حجة لك  ialah al-Quran akan menjadi pembela terhadap orang yang melakukan amalan yang sesuai dengan tuntutan al-Quran.
  • Antara amalan yang mendapat pembelaan al-Quran ialah;

 

                   i.  Yakin bahawa al-Quran ialah pandua hidup.

                  ii.  Membaca al-Quran dengan bertajwid dan beradab.

                 iii.  Memuliakan al-Quran.

                 iv.  Beramal dengan tuntutan yang terkandung dalam al-Quran.

                 v.   Memahami maksud ayat yang dibaca.

 

  • Maksud potongan hadis حجة عليك  ialah al-Quran akan mendakwa orang yang tidak melaksanaan tanggungjawab terhadap al-Quran pada hari akhirat.
  • Antara amalan yang menyebabkan pendakwaan al-Quran ialah;

 

                 i.  Tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

                ii.  Tidak berusaha untuk menyakini al-Quran.

               iii.   Tidak mahu memahami maksud ayat-ayat al-Quran.

                iv.  Mengingkari hukum yang terdapat dalam al-Quran.

                 v.  Menghina al-Quran.

  

  • Akhlak mulia kepada Allah SWT:

 

                 i.   Melakukan ibadat fardu dan sunat.

                ii.   Rela berkorban harta, masa dan tenaga demi keredaan Allah SWT.

               iii.   Reda segala ketentuan Allah SWT.

               iv.   Malu melakukan larangan Allah SWT.

 

  • Akhlak mulia kepada manusia;

 

               i.  Melakukan kebaikan kepada semua manusia.

              ii.  Sentiasa memuliakan orang lain.

             iii.  Berkerjasama dan bertolak ansur melakukan kebaikan.

             iv.  Saling menghormati antara satu dengan yang lain.

 


 

Tajuk 7 –  Ihsan Terhadap Binatang

 

عن أبي يعلى شداد بن أوس رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ان الله كتب الاحسان على كل شيء فاذا قتلتم فأحسنو القتلة واذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته (رواه مسلم)

 

Maksudnya: Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan.

 

  • Ihsan terhadap binatang bermaksud membuat kebaikan seperti bertimbang rasa dan tidak menganiaya ketika menyembelih binatang.

 

  • Antara kepentingan ihsan terhadap binatang;

 

               i.   Mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah SWT.

              ii.   Melahirkan masyarakat yang penyayang.

             iii.   Memelihara habitat binatang daripada kemusnahan.

 

  • Perlakuan ihsan ketika menyembelih dan membunuh;

 

             i.   Menyembelih dengan menggunakan pisau yang tajam dan melakukan sembelihan dengan cepat.

            ii.   Tidak menyembelih binatang yang sedang bunting.

           iii.   Tidak membunuh dengan cara yang kejam seperti membakar.

           iv.   Tidak menyeksa sebelum membunuh.

 

  • Antara bentuk penganiayaan terhadap binatang; 

           i.   Memelihara binatang dalam sangkar.

          ii.   Menyabung atau melaga binatang.

         iii.   Merendam dalam air sehingga lemas

         iv.   Memusnahkan habitat binatang.

          v.   Memukul atau menyeksa binatang.

  

  • Binatang-binatang yang harus dibunuh;

           i.    Binatang buas dan ganas.

          ii.    Binatang yang merbahaya dan beracun.

         iii.    Burung yang menyambar mangsa dengan kuku.

         iv.    Binatang perosak, kotor dan memudaratkan.

 

Pentabir SMASRA

          

 

 

 

 

 

                                                     

Log Masuk

Siapa yang online?

We have 7 guests and no members online

Sampaikan Pesan

Muhammad Shafik - 12:03

borang tempahan makmal boleh di ambil disini--->http://mft0002.1bestarinet.net/app/file/resource/EC0A38C520030DE7E0647F301E5FA704784B59ACB0FC0BAA/


WebMaster - 09:31

salam mohon cikgu-cikgu mempertingkat kan penggunaan laman web sekolah ini ..tq


fauziah bt zakaria - 11:23

Assalam semua guru pastikan menyiapkan markah utk pep 1/2 thn pada minggu 1 sips cuti sem 1 utk prg Jaya Waris 2 dan Anug Pep 1/2 THN 2014


fauziah bt zakaria - 11:21

Assalam kepada semua guru audit perjawatan dari BPSM KPM akan hadir memantau bersama pegawai dari JPN BPI dan PPD pada 26 Mei Isnin 2014. Harap semua mengambil tindakan atas lawatan dan pemantauan


fauziah bt zakaria - 11:18

Assalam kepada semua guru : Program Kelas Tambahan Intensif akan berlangsung dari 28, 29,30 Mei 2014. Sila semak jadual yang telah diedar atau rujuk jadual di pejabat. TQ.


Pengetua - 07:18

Mesyuarat G9 akan diadakan pada 30 april rabu jam 2.00 ptg.semua pentadbir diminta hadir.tk


Pengetua - 05:47

Perhatian kpd semua pentadbir dan aks smasra.mohon sediakan skt dan serahkn sebelum cuti sekolah bulan mei 2014.tk


Nor Suzila Binti Sarmani - 16:07

assalammualaikum.. PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU, sila lengkapkan markah dalam borang yang disediakan bagi ting 1-3, bagi ting 4-5 sila daftar di saps.sila beri kerjasama.


GKMP SNS & MATH - 17:32

Perhatian kpd guru math & sains T2 serta pelajar T2, mockup test pada 15.3.2014 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


GKMP SNS & MATH - 17:27

Salam sejahtera, Mockup test TIMSS untuk pelajar tingkatan 2 akan diadakan pada 15.3.2014, bertempat di dewan SMASRA. Tq.


Ruangan Sampaikan Pesan ini khusus untuk cikgu atau pelajar SMASRA yang telah mendaftar sahaja (Pastikan anda telah aktifkan pendaftaran anda).Sila log masuk untuk menggunakan ruangan ini.

Jumlah Pelawat

783580
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
59
1003
1062
782512
1062
19873
783580

Your IP: 54.90.19.30
Server Time: 2014-09-02 03:02:37

Facebook SMASRA

Hadis Pilihan

Andainya ini Solat Subuh Terakhir

  "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak secara berjemaah, maka ia seperti bangun setengah malam (untuk solat malam) dan sesiapa yang solat Subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat malam seluruhnya." (Riwayat Muslim)  

Anti maksiat, Taubat & Doa dalam mendidik jiwa

"Sesungguhnya seorang hamba apabila melakukan satu kesalahan, akan wujud dalam hatinya satu titik hitam. Apabila dia menghilangkannya dengan beristighfar dan bertaubat, maka jernihlah hatinya." (Riwayat Tirmizi)

Kelebihan Menjamu Makanan & Memberi Salam

"Daripada Abdullah bin Amru R.D. seorang lelaki bertanya kepada Rasullah S.A.W, apakah perkara dalam Islam yang lebih banyak ganjarannya?Sabda Rasullah: Kamu memberi makan kepada orang miskin, tetamu & orang yang memerlukan dan memberi salam kepada siapa yang kamu kenal di kalangan orang Islam."

Kelebihan Sedekah

Drpd Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:“Pd setiap waktu pagi & petang, dua malaikat akan turun kpd seorang hamba lalu salah satu drpd malaikat itu berkata: ‘Ya Allah! Berikanlah orang yg mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian.Kemudian berkata malaikat yg lain:‘Ya Allah! Berilah kepada orang yg menahan diri drpd mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.”
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Sebaik-baik Manusia

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik amalannya" (Riwayat Tirmizi)

Kemaskini Terakhir

  • Last Modified: Friday 08 August 2014, 10:34:11.