Print

HADIS TINGKATAN 2

Written by Nor Hayati Bte Ibrahim.

Tajuk 1 –  Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama
 
عن أبي سعيد الخدري رضى الله عنه قا ل : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فاءن لم يستطع فبلسانه فاءن لم يستطع فبقلبه وذلك اضعف الايمان. رواه مسلم .
 
Maksudnya: Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hati dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.
 
1.         Kemungkaran bermaksud setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam sama ada kesalahan kepada Allah SWT, manusia atau alam sekitar.
 
2.         Cara-cara mencegah kemungkaran berdasarkan hadis di atas ialah:
 
(a)   mencegah dengan tangan, iaitu mengubah dengan bidang kuasa yang ada seperti bapa bertanggungjawab terhadap anaknya;
(b)   mencegah dengan lidah, iaitu sekiranya seseorang itu tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangannya, maka dia hendaklah mencegah dengan lisan, iaitu dengan memberi nasihat dan bimbingan;
(c)   mengubah dengan hati, iaitu membenci kemungkaran yang berlaku. Cara ini merupakan selemah-lemah iman.
 
3.         Kesan tidak mengikut prinsip dakwah yang betul:
 
(a)    dakwah Islam tidak akan berjaya;
(b)   maruah umat Islam akan tercemar.
 
4.         Hikmat mencegah kemungkaran:
 
(a)   melahirkan individu yang berakhlak cemerlang dalam kehidupan;
(b)   melahirkan masyarakat yang bersatu padu prihatin dan bertanggungjawab.
 
5.         Pengajaran hadis:
 
(a)   mencegah kemungkaran adalah kewajipan setiap Muslim mengikut kemampuan masing-masing;
(b)   mencegah kemungkaran akan menjamin kehidupan yang sejahtera.
 
 
 
 
Tajuk: 10 – Sedekah Pemangkin Kesejahteraan
 
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: كل سلامى من الناس عليه صدقة كل يوم تطلع فيه الشمس تعدل بين الاثنين صدقة وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها أو ترفع له عليها متاعه صدقة والكلمة الطيبة صدقة وبكل خطوة تمشيها الى الصلاة صدقة وتميط الأذى عن الطريق صدقة. رواه البخاري ومسـلم.
 
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.
 
1.         Sedekah ialah memberi sesuatu yang bernilai kepada seseorang.
 
2.         Antara amalan sedekah yang terdapat dalam hadis:
 
(a)   melakukan keadilan antara dua orang yang berselisih faham;
(b)   membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barang untuknya;
(c)   mengucapkan perkataan yang baik;
(d)   membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan seperti membuang duri atau ranting kayu yang menghalang perjalanan.
 
3.         Adab-adab bersedekah:
 
(a)   memberikan sesuatu dengan ikhlas, iaitu tanpa mengharapkan balasan;
(b)   sesuatu barang yang disedekahkan itu adalah dari sumber yang halal;
(c)   tidak mengungkit sedekah yang diberikan kepada seseorang.
 
4.         Kesan amalan sedekah kepada pemberi sedekah:
 
(a)   menjadi seorang yang pemurah;
(b)   membersihkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil.
 
5.         Kesan amalan sedekah kepada penerima sedekah:
 
(a)    dapat menikmati nikmat pemberian Allah SWT;
(b)   memberi semangat untuk mempertingkatkan taraf hidup;
(c)    memberi motivasi untuk berdikari dan berusaha mempertingkatkan taraf hidup.
 
6.         Hikmat sedekah terhadap individu:
 
(a)    mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT;
(b)   dihormati dan dikasihi oleh manusia;
(c)    jasanya akan dikenang.
 
7.         Hikmat sedekah terhadap masyarakat:
 
(a)    melahirkan masyarakat yang prihatin dan penyayang;
(b)   meringankan beban masyarakat yang ditimpa musibah seperti mangsa banjir.
 
8.         Pengajaran hadis:
 
(a)    sedekah merupakan ibadat yang digalakkan dalam Islam;
(b)   setiap amalan yang memberi manfaat kepada orang lain dikira sebagai sedekah jika dilakukan dengan ikhlas.

Hari ini

Pentabir SMASRA

          

 

 

 

 

 

                                                     

Log Masuk

Siapa yang online?

We have 33 guests and no members online

Sampaikan Pesan

Pengetua - 05:07

Mesyuarat kurikulum kedua akan diadakn pd hari isnin 14 april jam 3.15 ptg.semua guru diminta hadir.tk


Pengetua - 04:53

Majlis perasmian penutup program kem permata masih ada yang sayang akan diadakn pd 13 april ahad jam 12.00 th dan dirasmi oleh ketua sektor pend.islam.semua pentadbir diminta hadir.tk


Pengetua - 08:24

Jamuan makan di kanti pd 10 april dibiayai oleh bapa pelajar cemerlang spm.t.kasih pihak sekokah ucapkn


Pengetua - 08:24

Jamuan makan di kanti pd 10 april dibiayai oleh bapa pelajar cemerlang spm.t.kasih pihak sekokah ucapkn


Pengetua - 08:24

Jamuan makan di kanti pd 10 april dibiayai oleh bapa pelajar cemerlang spm.t.kasih pihak sekokah ucapkn


Pengetua - 08:24

Jamuan makan di kanti pd 10 april dibiayai oleh bapa pelajar cemerlang spm.t.kasih pihak sekokah ucapkn


Pengetua - 05:54

Ladap 3 diadakn pada 12 april sabtu jam 8.30 pg di bilik gerakan.semua guru dan staf sokongan akp wajib hadir.tk


Pengetua - 05:47

Perhatian kpd semua pentadbir dan aks smasra.mohon sediakan skt dan serahkn sebelum cuti sekolah bulan mei 2014.tk


Nor Suzila Binti Sarmani - 16:07

assalammualaikum.. PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU, sila lengkapkan markah dalam borang yang disediakan bagi ting 1-3, bagi ting 4-5 sila daftar di saps.sila beri kerjasama.


GKMP SNS & MATH - 17:32

Perhatian kpd guru math & sains T2 serta pelajar T2, mockup test pada 15.3.2014 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


Ruangan Sampaikan Pesan ini khusus untuk cikgu atau pelajar SMASRA yang telah mendaftar sahaja (Pastikan anda telah aktifkan pendaftaran anda).Sila log masuk untuk menggunakan ruangan ini.

Jumlah Pelawat

673336
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
914
1060
914
663770
30991
51526
673336

Your IP: 67.202.56.112
Server Time: 2014-04-20 22:31:05

Facebook SMASRA

Hadis Pilihan

Andainya ini Solat Subuh Terakhir

  "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak secara berjemaah, maka ia seperti bangun setengah malam (untuk solat malam) dan sesiapa yang solat Subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat malam seluruhnya." (Riwayat Muslim)  

Anti maksiat, Taubat & Doa dalam mendidik jiwa

"Sesungguhnya seorang hamba apabila melakukan satu kesalahan, akan wujud dalam hatinya satu titik hitam. Apabila dia menghilangkannya dengan beristighfar dan bertaubat, maka jernihlah hatinya." (Riwayat Tirmizi)

Kelebihan Menjamu Makanan & Memberi Salam

"Daripada Abdullah bin Amru R.D. seorang lelaki bertanya kepada Rasullah S.A.W, apakah perkara dalam Islam yang lebih banyak ganjarannya?Sabda Rasullah: Kamu memberi makan kepada orang miskin, tetamu & orang yang memerlukan dan memberi salam kepada siapa yang kamu kenal di kalangan orang Islam."

Kelebihan Sedekah

Drpd Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:“Pd setiap waktu pagi & petang, dua malaikat akan turun kpd seorang hamba lalu salah satu drpd malaikat itu berkata: ‘Ya Allah! Berikanlah orang yg mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian.Kemudian berkata malaikat yg lain:‘Ya Allah! Berilah kepada orang yg menahan diri drpd mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.”
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Sebaik-baik Manusia

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik amalannya" (Riwayat Tirmizi)

Kemaskini Terakhir

  • Last Modified: Saturday 12 April 2014, 21:44:23.