Liga Remaja Kreatif 2013 Serlahkan Bakat dan Kreativiti Remaja dalam Penciptaan Video

Pertandingan mencipta video Liga Remaja Kreatif kini kembali! Dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pertandingan ini bertujuan untuk menampilkan bakat pelajar dalam menghasilkan filem pendek bukan sahaja dalam penjanaan idea-idea, tetapi juga di dalam mengasah kemahiran mereka dalam bidang IT dan multimedia.
Pengambilan Pelajar Baru ke Institut Kraf Negara sesi 2013/2014

Institut Kraft Negara (IKN) merupakan sebuah institusi yang menawarkan kursus peringkat Sijil dan Diploma dalam enam bidang kraf iaitu batik, tenunan, kayu, logam, seramik, rotan dan buluh. Sesi pengambilan baru adalah pada bulan Julai.
Program Pemantapan SARANA Ibu Bapa Dan SARANA Sekolah di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
Majlis Penyerahan Komputer 1 Malaysia 2013

Majlis Penyerahan Komputer 1 Malaysia 2013 telah diadakan pada 13 Mac 2013 (Rabu) jam 2.30 petang di Dewan SMASRA. Seramai 100 orang pelajar SMASRA terpilih untuk menerima komputer riba (laptop) ini.
Program Terhampir
| No events |





























